Friday, February 01, 2008

KEADAAN JALANRAYA BELURU - LAPOK

KEADAAN JALARAYA BELURU - LAPOK dikawasan Parlimen P220 BARAM dan DUN N66 MARUDI - Gambar ehsan Donny Joseph




Inilah keadaan Jalan Beluru - Lapok dikawasan Parlimen P220 BARAM dan DUN N66 Marudi, yang diwakili Yang Berhormat dari Barisan Nasional (Sarawak Progressive Democratic Party - SPDP). Wakil Parlimen ialah YB Dato Jacob Dungau Sagan dan ADUN ialah YB Sylvester Entri anak Muran @ Muhamed Hadi bin Abdullah, yang juga Menteri Muda Bekalan Air Sarawak.

Jalanraya ini telah tidak di selenggara sejak hampir 10 tahun semenjak kedua-dua wakil MP dan ADUN ini terpilih. Mereka tidak mengambil kisah sangat kesengsaraan dan kesulitan yang dialami penuduk kawasan ini kerana setiap pilihanraya mereka menang dengan mudah dan menganggap para pengundi dikawasan ini bolih dibeli dengan wang ringgit setiap pilihanraya. Dan setiap menjelang piliharaya Parlimen mahupun DUN, para wakil perayu undi BN akan menabur ratusan ribu ringgit untuk membeli undi supaya pengundi-pengundi dikawasan ini akan mengundi wakil calon BN. Maka tidak hairan jikalau terdengar orang-orang kampung berkata, "Kalau Anjing sekalipun diletakan sebagai wakil calon BN, sudah pasti memenangi pilaharaya" kerana para pengundi dikawasan ini hanya mementingkan wang ringgit (RM20 - RM100) yang diberi olih wakil calon BN setiap pilihanraya untuk membeli undi. Ada dikalangan orang Cina yang mengatakan para pengundi kaum Dayak (Iban) dikawasan Parlimen Baram dan DUN Marudi sangat murah harga undinya sekadar bolih dibeli dengan sebungkus nasi ayam ataupun setin kecil Sardine Ikan. Inilah tangapan sesetengah para pengundi Cina.

Walapun menghadapi kesulitan perjalanan kerana Jalanraya yang tidak terurus, para pengundi - terutama pengundi Iban dikawasan ini tidak serik untuk mengundi wakil yang sama setiap pilihanraya. Kedua-dua wakil YB Barisan Nasional berkenaan jarang sekali melawat ke kawasan mereka setelah dipilih dan hanya muncul semula menjelang pilihanraya yang akan datang seterusnya. Mereka masing-masing sibuk dengan urusan bisnes peribadi untuk memperkayakan diri mereka sendiri dan keluarga. Inilah wakil rakyat Barisan Nasional.

Jadi kami merayu kepada para pengundi dikawasan ini, undilah calon yang benar-benar bolih menjaga kepenting dan keperluan rakyat untuk masa depan yang lebih terjamin. Pilihlah calon yang berwibawa, bukan parti. Parti adalah hanya sebuah rumah yang usang tanpa penghuni, hanya wakil calon yang berwibawa dan rajin berkerja untuk rakyat perlu terpilih. Singkirkan wakil calon yang tidak memperdulikan nasib rakyat melalui undi anda. Undi hanya calon yang bertanggungjawab dan perihatin keperluan dan hak rakyat untuk mewakili anda. Undi dengan bijak dan tanpa rasa takut. Undi calon yang bertanding bukan PARTI tapi ORANG - yang bersih, cekap dan tidak rasuah untuk masa depan Malaysia yang gemilang.

2 comments:

Anakkampung said...

SNAP perlu bertanding di Parlimen Mukah bagi mengelakkan keadilan meletakkan calon mereka. Saya harap SNAP meletakkan Yussuf Abdul Rahman sebagai calonnya. Kalaupun tidak ambil calon tempatan dr mukah. SNAP masih berpengaruh di Sarawak. Snap perlu juga bertanding di P. Igan, P. Tanjung Manis dan semua kawasan bumiputra yg majoriti. Hidup snap!!!!!

Secawan Kopi said...

Sabar sj la penduduk Baram..nanti saya lawan BN ni..

Pilihanraya DUN 2010??
PRU ke-13??

tak habis-habis tipu rakyat..rasuah