Friday, September 14, 2007

PERISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA

Tarikh Peristiwa: 16.09.1963

Pada hari ini dalam tahun 1963 seiring dengan dentuman 101 das tembakan meriam dan teriakan "MERDEKA", Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kelahiran sebuah negara baharu kepada seluruh dunia. Negara itu ialah Malaysia

Stadium Merdeka yang dibanjiri oleh 30,000 umat Malaysia telah bergema kembali dengan laungan semangat rakyat seperti 6 tahun yang Ialu dalam tahun 1957 ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapal kemerdekaannya. Upacara membaca Deklarasi Penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor-gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negara yang baharu di dalam Persekutuan Malaysia laitu Lee Kuan Yew, Donald Stephens dan Stephen Kalong Ningkan (Ketua Menteri Sarawak yang pertama merangkap President SNAP). Upacara ini telah dlhadiri juga oleh Kabinet, anggota-anggota diplomat asing di Kuala Lumpur serta wakil-wakil dari Kerajaan-Kerajaan yang telah dijemput khas.

Upacara perisytiharan kelahiran Malaysia ini telah dimulakan dengan keberangkatan tiba DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Selepas selesai memeriksa perbarisan kawalan kehormatan dari Askar Melayu Diraja, Seri Paduka Baginda telah bertitah dengan ringkas menyatakan rasa syukur Baginda kerana rahmat yang dilimpahkan Allah ke atas rakyat Malaysia dan mengucapkan tahniah kepada Tunku Abdul Rahman.

Kemudiannya Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dipersilakan membaca perisytiharan itu. Perisytiharan penubuhan Malaysia ini adalah hasil dari satu perjanjian yang telah diperbuat pada 9hb Julal 1963 di antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Sabah, Sarawak dan Singapura yang telah bersetuju untuk membentuk sebuah negara baru yang bersatu yang dinamakan Persekutuan Malaysia. Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia ini, maka Sabah, Sarawak dan Singapura telah terlepas dari belenggu takluk Britain dan Baginda Queen tidak lagi mempunyal ' kedaulatan serta kuasa ke atas ke tiga-tiga buah negeri itu.

Selepas pengisytiharan itu Tunku Abdul Rahman telah meneriakkan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali dan telah disambut berselangseli oleh orang ramai dengan penuh semangat. Upacara itu diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said. Lagu Negaraku telah dimainkan dan perbarisan kehormatan askar Melayu Diraja telah memberikan tabik hormat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk berangkat pulang. Seluruh upacara ini, yang telah berlangsung dalam masa 40 minit telah diketuai oleh Datuk Maharajalela, Datuk Nik Mustapha Fadzil.

Negara yang telah diwujudkan pada hari ini dalam tahun 1963 sesungguhnya telah lahir dari lubuk hati umat yang inginkan kemerdekaan dan kebebasan sebagai satu bangsa yang berhak dan punya harga diri. Peristiwa perisytihararan satu hakikat sejarah dan akan kekal menjadi hakikat sejarah selama-lamanya.

Lihat Dokumen Perisytiharan. Perisytiharan yang sebenarnya telah dilafazkan pada 17 September 1963 kerana hujan ribut telah berlaku pada 16 September.

No comments: