Friday, November 02, 2007

JALANRAYA KAMPONG YANG WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL (BN) BANGGAKAN

Inilah pemandangan Jalanraya kampung menuju ke SRK Biar, diBakong kawasan ADUN N66 dan Parliament P192 Baram yang wakil rakyat BN banggakan. Jalan ini kalau mengikut papantanda, adalah sudah dinaik taraf. Tetapi jikalau diteliti dengan lebih dekat jalan ini adalah Jalan Ladang sawit tuanpunya ladang dan bukan jalan yang dibina olih kerajaan BN. YB ADUN N66 mengikut penduduk setempat, tidak pernah melawat ke kawasan mereka sejak pilihanraya yang lalu. Inilah wakil rakyat BN, hanya muncul masa pilihanraya sahaja dan berjanji akan membawa pembangunan hanya sekadar untuk memancing undi.

Ini adalah pemandangan jalanraya menuju ke SRK Sungei Seputi, Rh Anai. Jalanraya ini tidak mendapat perhatian YB ADUN N66. Penuduk kampung kawasan ini seringkali menyuarakan kesulitan mereka kerana jalanraya ini sudah begitu lama tidak diselengara dan menyukarkan perjalanan kerana jalanraya ini begitu teruk sekali, berlubang. Jambatan kayu yang merintang sungei kecil disitu juga sudah hampir reput dan membahayakan perjalanan penduduk yang melalui jambatan itu. YB ADUN N66 tidak ambil peduli kesulitan para pengundi kawasan ini yang telah mengundi beliau, yang terpaksa melalui jalanraya yang berlubang-lubang hingga menyukarkan penghantaran bekalan makanan ke sekolah disitu.

Ini adalah pemandangan jalanraya Beluru - Lapok yang amat sukar dilalui musim hujan. Jalan ini sepatutnya diturap (tarred) sepenuhunya tetapi YB's BN dikawsan ini tidak pernah mengambil berat tentang kesulitan orangramai yang mengunakan jalan ini setiap hari. Akan tetapi setiap pilihanraya kerajaan berjanji menurap jalanraya ini dan selepas piliharaya hanya tinggal janji kosong sahaja sapertimana janji mereka yang lain-lain untuk memancing undi semata-mata.

Untuk pengatahuan umum ADUN N66 Marudi adalah YB Sylvester Entri anak Muran (Muhamed Hadi bin Abdullah) dan wakil Parlimen P192 Baram YB Dato' Jacob Dungau Sagan, kedua-dua YB adalah wakil SPDP/BN.

No comments: